Nasib tulisan Jawi نصيب توليسن جاوي Tulisan_Jawi

Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[19] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand,[15] dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[20] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan Ringgit Brunei.

"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."

— Perhatian penuh mengenai nasib tulisan Jawi oleh tokoh bahasa Melayu Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957) [21][22]

Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[23] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[24] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon.

Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[25]

Rujukan

WikiPedia: Tulisan_Jawi http://www.al-azim.com/masjid/jawi.htm http://rumi-to-jawi.appspot.com/ http://faithiswithinme.blogspot.com/2011/01/font-s... http://faithiswithinme.blogspot.com/2011/01/papan-... http://www.omniglot.com/writing/malay.htm http://www.scribd.com/doc/38634671/Pedoman-Ejaan-J... http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvensi... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://perdana.fsktm.um.edu.my/~jawinet/belajarJaw... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Jawi+II+kamus...